Cerita Pendek


Hari ini hari amat indah bagiku. Aku baru sahaja lepas konvoi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Nak macam mana aku boleh masuk ke universiti ini? Panjang ceritanya, saya pendekkan. Selepas aku keluar daripada alam persekolahan, aku terserempak dengan seorang jejaka di masjid. Waktu itu dia baru sahaja habis baca al-Quran. Aku pun mendekati dia, mungkin dia akan layan insan macam aku. Aku tegur jejaka ni dengan suara manisku, macam aku mengurat cikgu.

"Err... abang baru habis baca al-Quran?"
"Assalamualaikum," dia memberi salam. Aku pun tersedar yang aku sepatutnya bagi salam dulu sebelum aku menegur dia.
"Wa'alaikummussalam," itulah jawapan salamku setelah sekian lama aku tak menyebutnya.
"Ya? Ada apa-apa yang abang boleh bantu?"
"Err..tak ada apa-apa. Saya saja ingin berkenalan. Siapa nama abang? Tak pernah nampak pun?"
"Nama abang Mikail. Abang baru  berpindah ke kawasan perumahan ni."
"Ooo... patutlah saya tak pernah nampak abang sebelum ini."
" Err... boleh abang tanya sikit tak?"
"Boleh. Apa dia abang?"
"Err... tandas di mana?"
"Itu soalannya. Ingatkan mustahak sangat tadi." hatiku berbisik entah apa-apa.

"Tandas di belakang sana. Abang nak masuk tandas ya? Kalau abang nak masuk tandas, tandas itu tak berapa mewah sangat sebab terlalu banyak hiasan-hiasan yang tak best kita bau. Gurau saja. Hehe..."

"Abang cuma nak ambil air wuduk."
"Ooo... dah terbatal ke?"
"Bukan terbatal tapi abang nak memperbaharui wuduk abang."
"Ehh... bukankah abang dah habis baca al-Quran? Kenapa abang nak berwuduk lagi?
"Memanglah sudah habis baca tapi selepas ini abang ada usrah."
"Usrah? Usrah itu apa?"
"Usrah itu ertinya kita berkumpul dalam satu bulatan dan berbincang serta bertukar-tukar pendapat dalam isu agama dan semasa." "Ooo... macam tu. Best tak usrah?"
"Best... jom la join abang sekali."
"Oraitttt! No problem. Line clear."

Sejak itulah aku mula mengikuti usrah. Banyak perkara yang aku dapat. Jika dulu aku pandai membaca tulisan rumi dengan lancar, kini aku boleh membaca al-Quran dengan bertajwid. Jika dulu aku sering mengganggu cikgu, kini aku tahu untuk beradab dengan guru. Jika dulu aku selalu melakukan sesuatu yang kurang faedah, sekarang aku dapat memperbanyakkan amalan ibadah. Hanya dengan mengikuti usrah best. Aku langsung tidak pernah meninggalkan usrah bermula kali pertama aku mengikuti usrah hingga sekarang. Setelah aku mengikuti usrah selama dua bulan, aku bertanyakan sesuatu kepada abang Mikail.

"Abang Mikail, boleh tanya sikit tak?"
"Apa dia?"
"Abang belajar dekat mana sekarang ni?"
"Abang belajar dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kenapa?"
"Seronok tak belajar dekat situ?"
"Memang seronok. Abang join usrah pun sebab semua kawan yang abang kenal belajar di sana."
"Ooo... macam tu. Kalau saya nak belajar di universiti itu boleh tak?"
"Boleh, apa salahnya. Jomlah belajar sama-sama di sana."
"Boleh saja, tapi abang buat master kan?"
"Abang masih boleh tolong kamu."
"Betul juga tu. Okey la kalau macam tu."

Aku diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sekarang aku menuntut di universiti itu di tahun terakhir. Mak aku pula bercadang nak langsungkan perkahwinan aku lepas aku habis belajar, tapi aku tak berfikir pun pasal itu. Apa yang aku fikir ialah aku ingin sambung belajar sikit sahaja lagi di Mesir.Harap-harap aku dapat...

Tiga tahun sudah berlalu. Sekarang aku baru balik dari Mesir. Sudah berkahwin, isteri aku orang Johor. Punyalah baik dia layan aku. Fizikal dan mental dia, Alhamdulillah semuanya baik. Lagipun,
Allah sudah berfirman bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Aku ini dalam kategori yang agak baiklah. Hanya Allah yang menentukan kedudukan aku.

Hari Isnin, aku dapat berita daripada kawan lama aku mengatakan cikgu aku maut kemalangan. Aku agak terkejut dengan berita itu. Aku terus letak teko berisi kopi atas meja lalu memandu Honda Accord menuju ke lokasi kejadian. Dalam hatiku, aku agak terkejut dengan berita kemalangan itu... tapi aku masih keliru. "Cikgu mana yang maut ni? Cikgu Zulaikha ke Abang Mikail?"
Setelah aku sampai di situ, aku terus disambut kawan aku yang telefon tadi. Dia suruh aku pergi tengok siapa yang maut. Aku bertanya, "Ehh... tak kan kau tak tahu siapa yang maut?"
"Aku tahu..tapi aku mahu kau pergi tengok sendiri dengan mata kau siapa yang maut tu."

Aku pun apa lagi, cepat-cepat pergi tengok bungkusan mayat. Terkejut aku bila tengok jasad yang berlumuran darah. Aku cuba tengok muka mayat tu. Aku terkejut bila nampak muka Cikgu Zulaikha sudah rentung...

"Cikgu, cikgu, cikgu!" hatiku menjerit tidak dapat menahan perasaan sedih. Kawan aku memberitahu bahawa cikgu baru balik dari rumah kawannya Aku cuma dapat menahan perasaan sedih. Kemudian, kawan aku menarik aku pergi kepada satu lagi kereta yang berlanggar dengan Cikgu Zulaikha. Aku kesat air mata dan terus melangkah ke kereta yang satu lagi.

Pada awalnya aku kurang pasti siapa yang terbaring atas kerusi pemandu itu. Aku pun mendekat sikit. Kemudian, pasukan penyelamat datang. Aku baru nak tengok mayat itu tapi sudah dihalang pasukan penyelamat. Aku pun tunggu sampai mayat tu berjaya dibawa keluar. Akhirnya berjaya jugak mereka membawa keluar mayat yang tersangkut itu. Aku cepat-cepat pergi tengok wajah mayat tersbut. Kali ini aku tidak mampu berkata apa-apa. Abang Mikail meninggal dunia tanpa sebarang cedera sedangkan kereta yang dipandunya remuk. Bukan setakat itu sahaja, jasad abang Mikail masih wangi. Ada al-Quran di dalam poket baju abang Mikail.
Ternyata bahawa Allah melindungi hamba-Nya yang beriman. Kawan aku yang berdiri di sebelah cuma memegang bahu aku. Dia menyuruh aku bersabar dengan takdir Allah.

Aku berada agak lama di tempat kejadian. Akhirnya aku mendapat tahu bahawa abang Mikail sebenarnya dalam perjalanan pergi ke masjid manakala Cikgu Zulaikha pula baru pulang dari rumah teman lelakinya. Teman lelakinya datang ke tempat kejadian dan mengaku telah berkhalwat dengan Cikgu Zulaikha di rumahnya. Cikgu Zulaikha bukan sahaja berkhalwat malah telah curang kepada suaminya. Disebabkan itulah Allah telah mengazabkan Cikgu Zulaikha atas perbuatannya itu.

Aku amat kesal dengan perbuatan cikgu aku. Jika dulu, aku sering mengharapkan perasaan aku terhadap Cikgu Zulaikha dibalas dengan perasaan sayang. Tapi ,sekarang baru aku tahu kenapa Tuhan mengasingkan aku daripada Cikgu Zulaikha dan bertemu dengan abang Mikail.
Allah ingin menunjukkan bahawa orang yang beriman sentiasa dalam rahmatnya dan orang yang lalai dalam melaksanakan hukum Allah telah disediakan neraka untuknya. Tidak kira walau siapapun manusia itu. Sama ada guru kita, ibu bapa kita mahupun teman kita, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga dengan diriku. Dulu aku jahil tentang agama, tapi kini aku menjadi imam muda di masjid. Segala-galanya atas kehendak Tuhan yang Maha Esa.

Sehingga kini, peristiwa itu tidak pernah luput dalam ingatan aku. Cikgu Zulaikha dan  Abang Mikail, kedua-duanya merupakan guru yang aku sayangi. Cikgu Zulaikha mengajar aku memahami ilmu dunia manakala abang Mikail mengajar aku mengenali agama, dunia dan akhirat. Kedua-duanya merupakan guru aku tetapi mereka pergi dalam keadaan yang berbeza. Aku amat sedih dengan pemergian keduanya. Biarlah semua itu menjadi memori yang tercatat dalam diari ingatanku.
Aku juga berharap agar memori yang tidak akan lupus ini memberikan pengajaran yang baik dan dapat mengubah hati-hati manusia.

Koleksi Cerita Lawak
cara jawab tepon..time2 busy giler...hehehehe....


Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah (ye ke?...) dan kebanyakannye sama..
terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul.jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator)


1.soalan: haloo.may i speak to ain please?
jawapan: maap.sini bukan balai polis.


2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..


3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.


5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.


6.soalan: haloo ain,buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..


7.soalan: boleh saya bercakap ngan ain ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... .time kacih.


8.soalan: haloo.tolong panggilkan ain. saya nak bercakap dengannye.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap


9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?


10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.


11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.


12.soalan: assalammualaikum...
jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib)


hehehehe....


jangan gelak..

"JANGAN GELAK 1:Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak...Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkannamamu!"Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku.Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati sisuami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah....


"JANGAN GELAK 2:Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapaberat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkanwang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputermenjawab: "52 kg!"Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang..jangan ramai- ramai!


"JANGAN GELAK 3:JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah keretatiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dankaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya."Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting keseberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!


"JANGAN GELAK 4:Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...