Wednesday, March 23, 2011

Jepun Digegarkan Skali Lagi....

Foto
BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.
gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo Jepun.



gempa tsunami jepun 1
Perumahan di Natoru, Daerah Miyagi ditelan oleh keganasan tsunami yang melanda
gempa tsunami jepun 2
Keadaan Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter akibat gempa bumi kuat di Jepun
gempa tsunami jepun 3
Lapangan Terbang Sendai yang telah ditenggelami air selepas beberapa ketika dilanda tsunami
gempa tsunami jepun 4
Kapal terbang, kereta dan runtuhan bangunan dari Lapangan Terbang Sendai bersama-sama di permukaan air tsunami
gempa tsunami jepun 5
Dari kejauhan, rumah-rumah di Natori Tokyo menunggu giliran dihentam oleh tsunami akibat gempa bumi di Tokyo
gempa tsunami jepun 6
Selepas hentaman tsunami – Keadaan padang jarak padang terkukur kelihatan di Natori. Ini merupakan gempa bumi terburuk sejak 140 tahun
gempa tsunami jepun 7
Dua orang staf dari Reuters mengigil ketakutan di bawah meja selepas beberapa gempa bumi susulan berlaku
gempa tsunami jepun 8
Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki selepas bandar Tokyo digegarkan oleh gempa bumi 8.9 skala Ritcher
gempa tsunami jepun 9
Bola api kelihatan di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku
gempa tsunami jepun 10
Pandangan udara ke atas hentaman tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma
gempa tsunami jepun 11
Bot dan van ikan terapung bersama-sama di Onahama Iwaki Daerah Fukushima semasa gelombang tsunami
gempa tsunami jepun 12
Bandar Kensensuma ranap teruk setelah dibantai oleh ombak tsunami yang mengganas selepas gempa bumi
gempa tsunami jepun 13
Kereta bertimpa-timpa antara satu sama lain setelah digegarkan oleh gempa bumi 8.9 magnitud skala Ritcher
gempa tsunami jepun 14
Malapetaka gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meranapkan banyak bandar-bandar utama di Tokyo
gempa tsunami jepun 15
Rumah-rumah yang terbakar dibawa oleh arus ganas tsunami yang begitu kuat di Jepun
gempa tsunami jepun 16
Kasihan. Ramai penduduk Jepun terperangkap dan tidak berjaya pulang ke rumah selepas perkhidmatan keretapi tergendala
gempa tsunami jepun 17
Jalan dan rumah runtuh di Sukagawa berada dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas dilanda gempa bumi kuat
gempa tsunami jepun 18
Pertengahan jalan raya di Satte terbelah dua akibat kuatnya gegeran gempa bumi di Jepun
gempa tsunami jepun 19
Pejalan kaki melintasi runtuhan rumah dan jalanraya di Daerah Urayasu Chiba selepas gempa bumi 8.8 skala Ritcher
gempa tsunami jepun 20
Kereta-kereta cantik di Jepun ranap selepas dihempap oleh dinding yang runtuh di Bandar Mito Ibaraki
gempa tsunami jepun 21
Penduduk keluar dari runtuhan rumah selepas gegaran reda di Jepun. Angka kematian dijangka melebihi 1000 orang



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...