Saturday, April 7, 2012

cinta vs cita-cita


CINTA.
Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.  (Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH)




CITA - CITA.

Dari kecil lagi kita telahpun ditanam dan dididik di dalam jiwa untuk menyulam apa yang ingin kita kecapi pabila sudah menjangkau usia dewasa.ibu bapa kita pasti akan bertanya apakah cita-cita anaknya pabila sudah dewasa.apa yang diidamkan pastilah suatu kerjaya yang mampu memberi kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.


sama ada ingin menjadi doktor,pendidik,jurutera mahupun polis kesemuanya adalah satu nilai murni dalam kehidupan untuk mencapai apa yang diidamkan.dan sudah tentu itulah yang menjadi satu tujahan perasaan kita dalam mula-mula melangkah ke alam persekolahan. bukan sekadar ingin ketemu teman-teman baru tetapi termasuklah mempelajari apa yang baru di dalam kehidupan.satu proses pembelajaran yang lebih formal.

tapi realitinya ada juga di antara kita tidak ke arah apa yang mula di cita kerna setiap impian dan cita itu bukanlah senang untuk dicapai dan digenggam.semua kita tahu bukan senang untuk menjadi mudah dan dan bukan susah untuk menjadi perit dalam kamus kehidupan.paling penting untuk kita cepat sedar apa yang kita temui dalam kesalahan untuk saat membuat pilihan kehidupan dan kerjaya.(dipetik dari sini) secara umum nya cita-cita ialah harapan, hasrat, keinginan (yang kuat).

di zaman sekarg la mne lebih remaja2 utama kan yea?? tnya lah diri masing2 smua jwpan ade pda diri masing2 termasuk la aku skali...

disini aku nk describe sal cinta menurut islam.. (aku kongsi je aku nie x la alim sgt pun)
smua pun dah tahu cma lupa je.. kadang2 kerna manusia nie slalu lalai dan alpa..




1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

ini la cinta.. bleh ke cinta dan cita-cita bersama?? tnye la diri anda.. n nilai la anda di mana skrg...
sekian.. sje kongsi pe yg aku bc kt entry bloger lain..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...