Sifat manusia itu berbeza-beza. Memang bukan senang hendak memupuk sikap positif dalam diri seseorang. Selain itu, sikap negatif juga perlu dibendung. Mungkin sukar untuk menghapusnya terus tapi sekurang-kurangnya kamu perlu batasi sikap tersebut. Agar tidak berlarutan nanti.
Setiap orang punya keegoan masing-masing cuma tahapnya yang berbeza. Ada yang punya keegoan melampau dan ada juga yang biasa-biasa saja. Sebenarnya sukar hendak diukur tahap keegoan seseorang. Cuma terpulang pada diri masing- masing untuk mengawalnya sebaik mungkin.
Ego itu perlu bertempat
Ego itu perlu bertempat
Ada yang berpendapat ego itu adalah harga diri mereka. Tapi kebiasaannya ego selalu dikait dan dilihat dari sudut yang negatif sahaja. Sebenarnya ego berguna jika kena pada tempatnya. Ego juga boleh dikatakan juga sebagai perbuatan meninggi atau membangga diri. Kamu boleh berbangga di atas sesuatu yang kamu lakukan yang mendatangkan kebaikan kepada diri kamu dan orang lain. Misalnya berbangga bila mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan atau mampu menjalankan projek yang diserahkan oleh bos/guru kepada kamu. Dari segi itu, kamu harus berbangga atas apa yang telah kamu lakukan. Tapi jangan pula berbangga bila melakukan pekara yang negatif. Misalnya menyambut cabaran teman-teman untuk merokok. Kamu bangga kerana berjaya menyahut cabaran itu! Atau berjaya menambah koleksi 'spare part' kamu!
Fikirkan perasaan orang lain
Mungkin benar kamu bangga terhadap sesuatu perkara. Tapi sebelum kamu asyik memuji diri sendiri di hadapan teman-teman yang lain, fikir dulu dengan mendalam. Setiap kali kamu asyik bercerita dengan bangganya tentang kejayaan kamu kepada orang lan, mungkin sikap itu akan membuatkan teman-teman rasa rendah diri. Lebih buruk jika mereka tidak berasa selesa dan mula memulaukan kamu! Diri sendiri juga yang rugi kan?
Ada yang lebih bagus
Sering sematkan di dalam jiwa kamu bahawa masih ada orang yang lebih bagus dari diri kamu. Mungkin dari segi ini kamu yang terbaik tapi dari sudut lain pula, masih ramai yang memiliki kelebihan dari kamu! Itu kan normal. Jadi, sentiasa ikut resmi padi, "makin masak makin tunduk ke bumi'!
Positifkan rasa ego
Seperti yang dinyatakan sebelumnya, ego ini boleh dipositifkan dan boleh datangkan kebaikan pada diri jika tahu mengawalnya. Misalnya kamu sematkan keegoan di jiwa untuk menjadi 'best sudent'/pekerja cemerlang hingga melayakkan kamu mendapat anugerah tentu. Itu memang bagus! Keegoan membuatkan diri kamu sentiasa ingin berada di depan dan memastikan diri kamu akan memperolehi apa yang kamu impikan. Kamu juga tidak akan mudah mengaku kalah. Tapi jangan pula nanti kamu terus membangga diri bila dah berjaya. Ada ketikanya kita kena merendah diri! Ia bukan menyebabkan diri kamu dipandang rendah bahkan akan dihormati dan disegani kerana masih mengekalkan sikap positif walaupun berjaya!
Negatif orang ego:
* Mungkin akan kehilangan teman-teman.
* Buat orang akan meluat dengan sikap kamu.
* Akan semakin terpinggir dari teman-teman.
* Menjadi bahan umpatan orang lain.
* Ada yang sukar nak terima hakikat bahawa ada yang lebih bagus dari mereka.

No comments:
Post a Comment