Monday, December 19, 2011

Rahsia Bantal

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka
mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera.
Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang
boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka
juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

Tuesday, December 13, 2011

UiTM Di Hatiku


Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar
Email yg saya terima pagi ini.

Dato’, sedikit perkongsian daripada saya. Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak mahupun memburukkan lagi keadaan, tetapi saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan yang mana saya rasakan wajar pada masa ini kerana saya lihat institusi ini semakin tenggelam ditelan aduan kurang matang, tuduhan kurang berasas dan sebagainya.
Sebagai seorang warga UiTM, saya melihat perkara ini secara terbuka. Walaupun saya tidak begitu

Friday, December 9, 2011

Bahaya Kurang Minum Air !

Hari ini aku terbaca artikel tentng penting nya air untuk tubuh badan kita..jom kongsi sama2..

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Wednesday, December 7, 2011

Ketawa jauhkan penyakit jantung

SENYUMAN dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia melibatkan pergerakan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, wajah, kaki dan otot belakang badan.

Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi yang membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti bersenam untuk beberapa minit.


Tuesday, December 6, 2011

Lima Jari Menyimpan Rahsia

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian,
genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar"
sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke
hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima
waktu jangan diabaikan.

Saturday, December 3, 2011

Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
I’m so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur

Ape itu ego??



Sifat manusia itu berbeza-beza. Memang bukan senang hendak memupuk sikap positif dalam diri seseorang. Selain itu, sikap negatif juga perlu dibendung. Mungkin sukar untuk menghapusnya terus tapi sekurang-kurangnya kamu perlu batasi sikap tersebut. Agar tidak berlarutan nanti.



Setiap orang punya keegoan masing-masing cuma tahapnya yang berbeza. Ada yang punya keegoan melampau dan ada juga yang biasa-biasa saja. Sebenarnya sukar hendak diukur tahap keegoan seseorang. Cuma terpulang pada diri masing- masing untuk mengawalnya sebaik mungkin.

Ego itu perlu bertempat 
Ada yang berpendapat ego itu adalah harga diri mereka. Tapi kebiasaannya ego selalu dikait dan dilihat dari sudut yang negatif sahaja. Sebenarnya ego berguna jika kena pada tempatnya. Ego juga boleh dikatakan juga sebagai perbuatan meninggi atau membangga diri. Kamu boleh berbangga di atas sesuatu yang kamu lakukan yang mendatangkan kebaikan kepada diri kamu dan orang lain. Misalnya berbangga bila mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan atau mampu menjalankan projek yang diserahkan oleh bos/guru kepada kamu. Dari segi itu, kamu harus berbangga atas apa yang telah kamu lakukan. Tapi jangan pula berbangga bila melakukan pekara yang negatif. Misalnya menyambut cabaran teman-teman untuk merokok. Kamu bangga kerana berjaya menyahut cabaran itu! Atau berjaya menambah koleksi 'spare part' kamu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...