Thursday, July 28, 2011

pagi yang indah..

Bila kau celikkan mata mu.. Menghirup udara yang tidak pernah habis.. Seluruh urat saraf mu kau tegangkan..

Kewajipan mu sebagai muslim bersujud pada yang ESA di waktu pagi tidak kau lupakan..Memohon padanya sebuah keredhaan di dalam menempuh sebuah perjalanan..

Pejamkan mata mu.. dan cuba kau sebut PAGi.. Apa yang bermain di fikiran mu??

PAGI..

Sebuah perkataan yang punya seribu satu juta makna..

Apa makna pagi bagi dirimu?? Apakah kau rasa setiap pagi yang KAU lalui adalah suatu detik yang cukup istimewa??

Duduk sekejap, dan berfikirlah..


Kedamaian PAGI adalah satu kedamaian yang mana mungkin dicipta oleh manusia..Kerana kedamaian PAGI adalah hadiah dari sang PENCIPTA kepada HAMBANYA..

Apakah makna pagi bagi anda?? Bagaimana anda menghabiskan masa pagi anda?? Apakah tafsiran pagi yang indah bagi anda??

Tidur??

Berjoging??

Menghafal Al Quran??

Mengulang kaji pelajaran??

Bergegas ke tempat kerja??

Bersesak-sesak di atas jalan raya??

Apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan PAGI anda sebuah detik yang indah.. Apa pun yang anda lakukan bagi memaknakan PAGI anda..

Jangan lupa untuk duduk dan bertafakkur serta BERSYUKUR..



Kerana anda telah diberi peluang oleh ILLAHi untuk menempuh satu lagi detik yang dinamakan PAGI..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...