Wednesday, March 30, 2011

kwn2 ku confius!

Msti smua kwn2 aku tgh serabut pala btul ke ape yg die wak pilihan tu.. hahaha bkn kte kt dieorg je laa aku pun sme ar..  main klik2 je kt pilihan tuu.. buntu la nk pilih pe..huhuhu hopely ape yg aku wk pilihan yg btul utuk diri aku.. argggggg ape2 pun arap2 dpt smbung dgree. smbung laa mane2 pun aku x kisah. aku pergi jer jauh or dekat. kwn2 ku smua buat la pilihan yg btul k..



kos yg ditawarkan bnyak kn, pilih 4 je mcm mane ep???
pilih la 4 yg terbaik untuk korg k.



Hujan oh Hujan..

Hujan yg turun bagai kan airmata hahahahhaha, knape laa skrng nie ujan je.. tp bgus gk hujan bumi malaysia nia basah.. tp skrg yg isau nya bnjir..terrnganu pun dah naik air, kedah pun sama... lpas nie mane lak..aku herain gk kdg2 nya sikap kita manusia.. bla hujan kita mengeluh, bila panas berpnjangan pun kita mengeluh.pernah x kita bersyukur?? tepuk dada tnya diri hehehehe skian tuk pagi nie... hahahhaa

Sunday, March 27, 2011

Hampa... wajadiri 2011..

Sedih hati ini kerna kami satu kontejen kelanta x dpt bwa pulng 1 pun pigat tahun nie..aku sedih sgt x dpt join ary tuu just dpt jd jurukamera je..huhuhu... tp aku ckp bnga dgn semangt kwn2 aku... n aku tahu smangat diorg x kan berkubur semalam shaja.. dgn kegagalan semalam ia adalah 1 pengalaman yg berharga n cuba  manjadi yg terbaik untuk tahun2 yg akan dtg... thniah kpd smua yg bertanding mewakili uitm klate thun nie.. hafizi, fauzi, pijie, fikri, hafiz, hayana, madiah, fatin, ayu n yg lain lagi aku bnga ngan korg k.. korg lah yg terbaik.. terima kasih jgk pada abe nasir, abe mai, k.eai, abe mat, abe irfan, n pengirin lectr en hafiz yg amat sporting hehehe..

Bab lain lak, nk ucapkan tahniah pada k.yan, k,fatin, k,ana  kerna dpat wak blik pngat.. n tahniah pd kontijen uitm s.alam menag keseluruhan.. tahiah kepada smua pemenag...n xlupa gk tahniah pada negeri sembilan kerna akan mnjadi tuan rumah untuk wajadiri tahun 2012 jmpa di negeri smbilan smua...  majaulah sukan untk negara... maju silat cekak ustaz hanafi untuk smua....

Wednesday, March 23, 2011

Gempa bumi

Salam kwn2 mai pakat2 kte tmabah ilmu...hehehe bc lah k kwn2... 





  • Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.

  • Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.
    Lima bandar zon gempa



  • Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.

    Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.


  • Tokyo, Jepun
    Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.

  • Istanbul, Turki
    Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.

    Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.

  • Seattle, Amerika Syarikat
    Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.

  • Los Angeles, Amerika Syarikat
    Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.

  • San Francisco, Amerika
    Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.


  • Jepun Digegarkan Skali Lagi....

    Foto
    BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
    Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
    Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

    Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

    Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

    Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
    Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

    “Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

    “Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

    “Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

    Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

    Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

    Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

    “Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

    “Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

    “Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

    Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

    Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

    Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

    Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.
    gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo Jepun.



    gempa tsunami jepun 1
    Perumahan di Natoru, Daerah Miyagi ditelan oleh keganasan tsunami yang melanda
    gempa tsunami jepun 2
    Keadaan Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter akibat gempa bumi kuat di Jepun
    gempa tsunami jepun 3
    Lapangan Terbang Sendai yang telah ditenggelami air selepas beberapa ketika dilanda tsunami
    gempa tsunami jepun 4
    Kapal terbang, kereta dan runtuhan bangunan dari Lapangan Terbang Sendai bersama-sama di permukaan air tsunami
    gempa tsunami jepun 5
    Dari kejauhan, rumah-rumah di Natori Tokyo menunggu giliran dihentam oleh tsunami akibat gempa bumi di Tokyo
    gempa tsunami jepun 6
    Selepas hentaman tsunami – Keadaan padang jarak padang terkukur kelihatan di Natori. Ini merupakan gempa bumi terburuk sejak 140 tahun
    gempa tsunami jepun 7
    Dua orang staf dari Reuters mengigil ketakutan di bawah meja selepas beberapa gempa bumi susulan berlaku
    gempa tsunami jepun 8
    Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki selepas bandar Tokyo digegarkan oleh gempa bumi 8.9 skala Ritcher
    gempa tsunami jepun 9
    Bola api kelihatan di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku
    gempa tsunami jepun 10
    Pandangan udara ke atas hentaman tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma
    gempa tsunami jepun 11
    Bot dan van ikan terapung bersama-sama di Onahama Iwaki Daerah Fukushima semasa gelombang tsunami
    gempa tsunami jepun 12
    Bandar Kensensuma ranap teruk setelah dibantai oleh ombak tsunami yang mengganas selepas gempa bumi
    gempa tsunami jepun 13
    Kereta bertimpa-timpa antara satu sama lain setelah digegarkan oleh gempa bumi 8.9 magnitud skala Ritcher
    gempa tsunami jepun 14
    Malapetaka gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meranapkan banyak bandar-bandar utama di Tokyo
    gempa tsunami jepun 15
    Rumah-rumah yang terbakar dibawa oleh arus ganas tsunami yang begitu kuat di Jepun
    gempa tsunami jepun 16
    Kasihan. Ramai penduduk Jepun terperangkap dan tidak berjaya pulang ke rumah selepas perkhidmatan keretapi tergendala
    gempa tsunami jepun 17
    Jalan dan rumah runtuh di Sukagawa berada dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas dilanda gempa bumi kuat
    gempa tsunami jepun 18
    Pertengahan jalan raya di Satte terbelah dua akibat kuatnya gegeran gempa bumi di Jepun
    gempa tsunami jepun 19
    Pejalan kaki melintasi runtuhan rumah dan jalanraya di Daerah Urayasu Chiba selepas gempa bumi 8.8 skala Ritcher
    gempa tsunami jepun 20
    Kereta-kereta cantik di Jepun ranap selepas dihempap oleh dinding yang runtuh di Bandar Mito Ibaraki
    gempa tsunami jepun 21
    Penduduk keluar dari runtuhan rumah selepas gegaran reda di Jepun. Angka kematian dijangka melebihi 1000 orang




    Tuesday, March 22, 2011

    keindahan alam..

     Sesungguhnya alam ciptaaNya sangat indah..sunguh terpukau aku melihat matahari ini terbenam..pic nie diambil oleh sir saiful..tgk lah smua kta harus bersyukur kerna masih smpat melihat kecntikan alam sekitar, kecntikan matahari itu terbenam, air laut yg jernih bukit bukau n aman damai.. sblum smua ini berakhir mari lah sma2 kte mnjaga nya..

    Sunday, March 20, 2011

    Bulan Akan Sangat Dekat dengan Bumi

    19 Maret, Bulan Akan Sangat Dekat dengan Bumi
     
    Pada 19 Maret 2011, Bulan akan berjarak sangat dekat dengan Bumi. Jarak terdekat dalam 18 tahun terakhir.

    Pada tanggal itu, bulan akan berjarak 356.577 kilometer dari Bumi. Sebelumnya, jarak terdekat Bulan ke Bumi adalah 363.104 kilometer. Jarak terdekat Bulan ke Bumi ini dikenal dengan nama "lunar perigee". Pada saat ini, bulan akan tampak lebih besar daripada biasanya.

    Kebalikan dari lunar perigee adalah lunar apogee. Pada saat itu, bulan berada pada jarak paling jauh dengan Bumi. Pada saat perigee, bulan tampak lebih besar sekitar 14 persen dibandingkan pada saat apogee.

    Ganggu Iklim?
    Prediksi kedekatan Bulan itu akan mengganggu pola iklim Bumi bermunculan. Akan tetapi, ilmuwan tidak yakin dengan prediksi tersebut. "Tidak akan ada gempa atau letusan gunung api yang berhubungan dengan lunar perigee," tegas Pete Wheeler dari International Centre for Radio Astronomy. "Efeknya paling hanya air pasang yang lebih tinggi dan air surut yang lebih rendah. Tapi itu bukan hal besar," tambahnya.

    Beberapa bencana besar memang pernah terjadi pada saat lunar perigree, seperti hurikan di New England, AS, pada 1938 atau banjir Hunter Valley, Australia pada 1955. Hurikan Katrina pada 2005 juga terjadi pada saat posisi Bulan dekat dengan Bumi.

    Astronom David Reneke membantah kalau kejadian-kejadian tersebut dipicu oleh posisi Bulan. "Semua kejadian bisa saja dihubung-hubungkan dengan posisi benda-benda langit... komet, planet, matahari," katanya. (Sumber: Lunar Planner, News.com.au)

    Monday, March 14, 2011

    pAngKor TiMe


    nie trip yg bdk2 part 5 buat, aku join je.. kte org numpang gmbira hahahaha nie pun ramai dk2 batch aku ikut sbb dk2 part 5 sem nie sikit je... p smua nya sporting2 ar.. bgus22.. p lawatan yg diorg wak pling aku puas aty sbb asyik2 berhenti je ktaorg hahaha tujuan nk g perak p brhnti camaroon dulu.. nie pic kt jalan nk g camaron sbb bas usang jd kta org kna berhenti jap bg bas rehat hahaha... bas pun kna rehat kan apetah ag org... hhihiihi p sejuk la sne.. p boring pun ado bla sama camaron.. xde pe.. huhuhuh yg ado strwbry kte pnjual "hensem boy buy 1 free 1" hahahaha...

    aktiviti 5S ppkt usm....

    Bertungkus lumus staff ppkt bersama plajar2 praktikal merombak partition..Ini lah yg kte mahu kan "ape yang pnting kerjasama" hehehehe..seronok knl ngan staf2 ppkt smua nya sporting2 bla buat kerja kta org x pernah rasa pnt.. suka sokmo.. tgk smua nya dok fokus hahahah p tgk ko gmbar nie ramai hok tgk jah nie... hok buat nya 2 org jah hehehehe..

    Nie yg bju biru bos kitaorg... kan best jd bos just tgk je.. hehehehetp aku respect kt bos aku nie, nama nya En Rashid die sporting ar... time gelak,gelak sama2 time serius xpernah ag nampak.. arap2 sblm habis praktikal dpt tgk bos aku time seyes lak.. p susah dah nk cri bos mcm die skrg relex jee p keje jalan. bos mcm nie la kte nk kan.. arap2 kt luar sne ramai ag majikan2 yg mcm bos aku...

    smbil angkt barng pun ketawa kan.. bgus laa bdk2 nie...yg serius tu abe fansuri seye snya die hahahhah buat2 ado keje je tu... abe fan nie seorg yg bising.. d ofis dia la yg bising nya.. tanpa dia sunyi la ofis ppkt hahaha
     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...